Baru-baru ini pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin dan suaminya, Shaheizy Sam serta dua anak mereka berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah.
Apa yang menarik perhatian, Syatilla telah berkongsi satu video yang menunjukkan keterujaan anak-anaknya melihat Kaabah buat pertama kali.

Menurut Syatilla, anak-anaknya sebelum ini hanya melihat Kaabah secara langsung di kaca televisyen, dan kini mereka begitu teruja kerana akhirnya dapat melihatnya secara dekat.
“Mata anak-anak memandang kaabah untuk pertama kali. Tak sangka sungguh.”
“Selalu mereka tengok secara langsung di TV, itu yang teruja sangat tu.”
Melihat pada ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa terharu melihat keterujaan Syeriv dan Sarima. Ramai juga yang menitipkan doa, berharap agar mereka turut diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah.