www.murai.com.my : Sabhi Jadi Rebutan Tiz Zaqyah, Yana?



gosip | Gosip kita

Sabhi Jadi Rebutan Tiz Zaqyah, Yana?



KL, 2 FEB 2010: Macam pernah ku lihat tapi di mana ya? Inilah dialog yang paling sesuai untuk diajukan penyanyi lagu Nadiku ciptaan komposer Omar K iaitu Sabhi Sadhi. Sebelum nekad bergerak secara solo, Murai Batu dapat tahu jejaka kacak dari Sabah ini adalah bekas penari kumpulan Esdeco.

Esdeco yang pernah dianggotai Sabhi bersama bintang Akademi Fantasia 2, Adam khabarnya pernah mendapat bimbingan dari adik-beradik popular, KRU.

Apapun, Murai Batu bukan nak bercerita tentang Esdeco tetapi mengenai Sabhi yang mula mendapat perhatian selepas melancarkan album EP baru-baru ini.

Alkisahnya, Murai Batu diberitahu, Sabhi sekarang ini jadi buruan gadis-gadis di luar sana sehinggakan ramai terus jatuh cinta selepas melihat wajahnya. Lebih mengejutkan, ada golongan artis wanita yang  berusaha mendampingi dan mendekati Sabhi sehingga terjadinya  salah faham.

Murai Batu dengar, nama  2 pelakon baru yang tengah top iaitu Tiz Zaqyah dan pengarah filem termuda, Yana kononnya berada dalam senarai teratas.

Pun begitu, selepas Murai Batu selidik dengan orang terdekat Sabhi yang lebih mesra digelar Boy, rupa-rupanya apa yang cuba dilakukan mereka itu bukanlah ke arah hubungan cinta tapi sekadar hubungan kerjasama sesama artis.

Difahamkan, Tiz Zaqyah dan Yana berhasrat untuk merakamkan lagu duet bersama  Sabhi dalam sebuah lagu baru. Namun, gandingan tersebut belum lagi sah dan baru dalam peringkat perbincangan.

Apa yang penting, Murai Batu tak sangka Tiz Zaqyah berhasrat melebarkan sayap sebagai penyanyi selepas lakonannya dalam drama Nur Kasih mendapat perhatian ramai. Begitu juga dengan Yana yang sebelum ini pernah muncul sebagai penyanyi.

Bagaimanapun, Murai Batu kagum dengan bakat Sabhi yang mempunyai vokal mantap sewaktu menyanyikan lagu Nadiku. Tersentuh hati Murai Batu. Jika benar perbincangan ini terjadi, Murai Batu harap lagu berkenaan sesedap lagu duet yang pernah popular sebelum ini.


MURAI BATU: Ada pengacara popular bakal kahwin Mac ini tetapi tak mahu heboh pada orang ramai. Nape eik?

Komen-Komen | 10

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





Rebut Sabhi untuk lagu ke filem ke atau ehem ehem? Tiz & Yana, hati-hati ya. Maklumlah Tiz dah habis drama Nur Kasih & Yana baru kaut untung bersama pelakon & filem Adnan Sempit.
kadclaw - 1-Mar-2010

Hensem ke x hensem ke....yg penting dia 100% leleki tulin.Skrg susah nk cri yg betul2 asli.
botoXXX - 8-Feb-2010

hensem? gigi jongos je
fzul12 - 7-Feb-2010

korg ni tak bc artikel smpai abes ni.. kan murai da gtau kat dlm artikel tu, "rupa-rupanya apa yang cuba dilakukan mereka itu bukanlah ke arah hubungan cinta tapi sekadar hubungan kerjasama sesama artis" aiyaaaa... bc artikel smpai abes k..
eina - 5-Feb-2010

HENSEM KE???BIASA JE..KAT LUAR NI PUN BANYAK LAGI YANG HENSEM AKU TENGOK.APA2 PUN AKU MINAT KAT TIZ SEBAB CUN.BEST TENGOK DIA BELAKON NUR KASIH..GOOD LUCK TIZZZZ/NURRR..
PUTRI CANTEK - 5-Feb-2010