Connect with us

Filem & Drama

Bikers Kental Papar Erti Persahabatan Sebenar

Published

on

bikers kental

Judul Filem: Bikers Kental

Genre: Komedi Romantik Aksi

Pelakon Utama: Zizan Razak, Awie, Zul Arifin, Amirul,Bront Palarae, Harun Salim Bachik, Phonkhanok Wongsarut (Nam Nueng) ,Pornvipa Ratchagarune ( Leeleng )

Pengarah: Helmi Yusof

Terbitan: Tayangan Unggul & Calif work Studios

Tarikh Tayangan: 23 Mei 2013

Imbasan Awal

Menampilkan filem yang diinpirasikan daripada road movie iaitu filem yang berunsur pengembaraan kumpulan motorsikal berkuasa tinggi yang memulakan pengembaraan atau konvoi daripada Kuala Lumpur ke pusat peranginan di selatan Thailand, Krabi. Sebuah filem yang berjaya mengusik jiwa melalui elemen persahabatan yang diuji apabila hadirnya kuasa cinta yang boleh membutakan mata sesiapa sahaja dan ianya berjaya dipaparkan di dalam Bikers Kental arahan Helmi Yusof. Filem ini telah menjalani penggambaran di sekitar Kuala Lumpur, Lebuhraya PLUS di Malaysia dan di sekitar Krabi, Hatyai, Phuket dan Sadao di negara Thailand.

Ulasan Penulis

Daripada mata seorang penggemar motorsikal berkuasa tinggi, jelas ia dapat dizahirkan di dalam filem arahan pengarah baru, Helmi Yusof iaitu Bikers Kental yang menampilkan motorsikal berkuasa tinggi sebagai subjek utama filem ini. Sebagai seorang bikers juga, Helmi bijak membawa filem pertama arahannya itu agar kelihatan dekat dengan penonton walaupun tidak semua yang akan datang ke panggung berasal daripada latarbelakang penggemar motorsikal berkuasa tinggi.

Perkembangan plot juga didapati agak lancar daripada segi permulaan bagaimana Bidin Al-Zaifa, kuli di sebuah kedai servis motorsikal berkuasa tinggi milik sepupunya berjaya memiliki motor berkuasa tingginya sendiri apabila terjumpa sejumlah wang yang dirompak. Diikuti dengan jalan ceritanya yang seakan boleh diteka namun pengarah bijak meletakkan twist di beberapa babak agak tidak kelihatan cliché.

Berpengalaman luas menjadi individu di belakang tabir, Helmi telah menggunakan skil dan kebolehannya ini menggarap Bikers Kental dan ia tidak jelas membosankan walaupun jarang-jarang filem berkonsep sebegini diketengahkan. Namun begitu, di penghujung filem, idea menampilkan elemen cinta dilihat sedikit kelam kabut begitu juga adegan cinta yang seperti kurang menonjol dan tidak meninggalkan kesan kepada penonton.

Nyata sukar untuk mengaitkan soal perasaan serta cinta dengan minat terhadap motorsikal berkuasa tinggi apatah lagi bagi penonton yang bukan dari kalangan yang meminati kenderaan seperti ini. Namun semangat persahabatan yang menjadi tunjang utama setiap kumpulan konvoi bermotor sebegini khususnya turut dipertontonkan kepada penonton.

Contohnya jika salah seorang daripada bikers ditimpa masalah atau kenderaannya mengalami kerosakan, mereka akan bergerak bersama-sama malah pergi ke kedai untuk memperbaiki bersama-sama. Itu bukan sahaja nilai yang menjadi identiti mereka malah ia adalah satu contoh yang perlu dititikberatkan kepada sesiapa sahaja yang berdepan dengan situasi sebegini.

Secara keseluruhannya, filem terbitan Califwork Studios Sdn Bhd dengan kerjasama Astro Shaw Sdn Bhd /Tayangan Unggul Sdn Bhd ini mempunyai daya tarikannya yang tersendiri. Disamping tajuknya yang catchy serta penampilan nama besar seperti Zizan Razak dan Awie, Bikers Kental mampu mencatat sejarah serta kejayaan yang tersendiri.

Sebagai sebuah karya sulung, pujian harus diberikan kepada pengarah, Helmi Yusof yang juga suami kepada pelakon dan bakal pengarah, Dira Abu Zahar apabila berjaya menerbitkan sebuah filem berkonsep lain daripada yang lain. Bikers Kental yang kini sudah ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 23 Mei lepas telah mendapat sambutan hangat daripada penyokong filem tempatan melalui kutipan yang disifatkan tinggi.

Sinopsis

Kisah seorang anak muda bernama Bidin Al Zaifa, yang mempunyai minat yang amat mendalam dengan motor berkuasa besar. Beliau yang bekerja di sebuah garaj workshop motor milik abang sepupunya, Aidil Al Zaifa. Bidin mempunyai impian.Impiannya adalah untuk menunggang motosikal besar dari Kuala Lumpur terus ke Thailand. Walaupun seorang yang cuai, sikap Bidin amat disenangi dan disukai ramai, Bidin telah ditawarkan peluang untuk berkonvoi bersama – sama dengan geng motosikal Eddie Cuardo, salah seorang pelanggan garaj Aidil.

Pengembaraan Bidin bersama Eddie Cuardo bermula dan dari sini, bermula pelbagai kisah, tragedi dan konflik diantara Bidin, Eddie dan Saiya Sukhaporn bersama rakannya Cherry Porntit, 2 orang gadis Thailand yang mereka jumpa ketika konvoi.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *