Connect with us

Terkini

Biodata Ayda Jebat

Published

on

Biodata Ayda jebat

Nur Suhada “Ayda Jebat” lahir pada 17 Mac 1992. Beliau merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Ayda mula mendapat perhatian ramai melalui drama Rindu Awak 200% pada tahun 2014. Beliau juga telah membintangi filem-filem seperti Gila-Gila Remaja 2 (2013) dan Pinjamkan Hatiku (2017).

Biodata Ayda Jebat

Biodata Ringkas

  • Nama Penuh : Nur Suhada binti Jebat
  • Nama Panggilan : Ayda Jebat
  • Tarikh Lahir : 17 Mac 1992
  • Umur : 32 Tahun (2024)
  • Pendidikan : Diploma Seni Muzik, Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  • Pekerjaan : Penyanyi, Pelakon, Duta dan Jurucakap Produk
  • Tahun Aktif : 2011 – kini
  • Pasangan : Nabil Mahir
  • Adik-Beradik :  Anak sulung daripada empat beradik dalam keluarga

Kerjaya

  • Ayda memulakan kerjayanya sebagai anak seni dengan menyertai program realiti Akademi Fantasia musim ke-9 pada tahun 2011.
  • Beliau memulakan karier sebagai penyanyi dengan single ‘Beri Aku Waktu’ yang dinyanyikan bersama Afif.
  • Beliau memulakan kerjaya lakonannya dengan watak pembantu sebagai Mira dalam telefilem CerCiter Cinta, yang dibintangi oleh Rozita Che Wan dan Shahir dari Akademi Fantasia musim kelapan.
  • Pada tahun 2013, Ayda muncul dalam filem pertamanya sebagai watak pembantu Zetty dalam filem Gila-Gila Remaja 2, sebuah adaptasi semula filem asal Gila-Gila Remaja.
  • Pada tahun 2014, Ayda mencapai kejayaan terbesarnya apabila beliau memegang watak Armel Aisya dalam adaptasi drama novel Rindu Awak 200% bersama Zul Ariffin.
  • Antara drama-drama yang telah dilakonkannya termasuklah Peah Gosip, Tiara, Sahara, Epilog Cinta Khirana, Mira Sofea, Anugerah Terindah, Suami Sebelah Rumah, Isteri Separuh Masa, M. A. I. D, Menongkah Kasih, Awak Sangat Nakal, Ku Kirim Cinta, Dekatkan Jarak Kita, dan Cinta Bukan Kristal.
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending