Connect with us

Terkini

Biodata Diana Danielle

Published

on

biodata Diana Danielle

Diana Danielle merupakan salah seorang selebriti Malaysia kelahiran Amerika Syarikat yang sering menarik perhatian, bukan sahaja kerana bakatnya dalam dunia seni, tetapi juga kerana kehidupan peribadinya.

Diana bukan sahaja dikenali sebagai pelakon berbakat, tetapi juga sebagai penyanyi dan model. Sejak usia muda, beliau telah berjaya mencipta nama dalam industri hiburan Malaysia.

biodata diana danielle

Biodata Ringkas Diana Danielle

  • Nama Penuh : Diana Danielle Danny Beeson
  • Dikenali Sebagai : Diana Danielle
  • Tarikh Lahir : 22 November 1991
  • Tempat Lahir : Houston, Texas, Amerika Syarikat
  • Pendidikan : Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Hartamas, The National Institute of Dramatic Art di Sydney, Australia.
  • Kewarganegaraan: Malaysia
  • Kerjaya : Pelakon, Penyanyi, Model
  • Tahun Aktif : 2002 hingga kini
  • Pasangan : Farid Kamil
  • Anak-Anak : Dua orang (Muhammad dan Nur Aurora)

Kerjaya

  • Pada usia yang sangat muda, Diana Danielle memulakan kerjayanya dalam industri hiburan selepas ditemui oleh pelakon Norman Hakim ketika berumur 9 tahun.
  • Diana Danielle membuat penampilan pertama dalam dunia lakonan menerusi filem Idola (2002) yang diarahkan oleh Aziz M. Osman.
  • Nama Diana Danielle semakin terkenal selepas membintangi siri televisyen Air Mata Maria di TV3 pada tahun 2007. Diana ketika itu hanya berusia 14 tahun ketika beliau diberi peranan yang berumur 20 tahun.
  • Beliau juga telah membintangi beberapa drama TV seperti Gol & Gincu The Series (2006-07), Farah Syakira (2008), Di Sebalik Wajah, dan beberapa drama lain.
  • Diana Danielle juga telah membintangi beberapa filem terkenal seperti Evolusi KL Drift (2008), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009), Hantu Gangster (2012), Sembunyi: Amukan Azazil (2013), Kami Histeria (2014), Hanyut (2016), Gol & Gincu Vol. 2 (2018), dan Imaginur (2023).
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending