Connect with us

Terkini

BIODATA ELIZABETH TAN

Published

on

Elizabath Tan

Nama sebenar Elizabeth Tan Su Mei (Cina: 谭素美). Merupakan seorang penyanyi, model, dan pelakon Malaysia berketurunan Cina. Elizabeth memulakan kerjaya muziknya pada tahun 2014 dengan menghasilkan album solo pertamanya, Knock Knock. Pada tahun berikutnya, beliau tampil dengan lagu Setia yang menampilkan Faizal Tahir (2015), diikuti dengan lagu Tabah (2016).

Selain cemerlang dalam bidang muzik, Elizabeth juga melangkah ke dunia lakonan menerusi filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium (2015) arahan Shy8. Bakatnya dalam bidang seni muzik diiktiraf apabila beliau dicalonkan dalam kategori “Artis Baru Terbaik” di majlis anugerah Anugerah Planet Muzik pada tahun 2015.

Perjalanan Kerjaya Elizabeth Tan

Elizabeth Tan, yang juga dikenali sebagai Lizzy, memulakan kerjaya muziknya dengan memuat naik video di YouTube, sering kali hanya bermain ukulele. Antara lagu-lagu saduran yang dimainkan ialah Pencuri oleh Mark Adam, Kantoi oleh Zee Avi, serta beberapa lagu Yuna seperti Terukir Di Bintang dan Deeper Conversation.

Meniti Populariti Melalui Lagu Saduran
Nama Elizabeth mula menjadi perhatian selepas menyanyikan lagu Havoc yang asalnya dipopularkan oleh Joe Flizzow pada akhir tahun 2014. Video tersebut mendapat sambutan luar biasa sehingga menarik perhatian beberapa syarikat rakaman untuk menawarkannya kontrak sebagai artis rakaman.

Bersama Faithful Music dan Paranormal Talents
Elizabeth kemudian menjadi artis di bawah naungan Faithful Music milik Faizal Tahir dan diuruskan oleh Paranormal Talents. Beliau semakin dikenali di kalangan peminat Melayu kerana kefasihannya berbahasa Melayu serta kebolehan menyampaikan lagu-lagu Melayu dengan baik. Album solonya Knock Knock, yang diterbitkan oleh Faizal Tahir dan Mike Chan, mengisahkan seorang gadis yang memberi amaran kepada sesiapa yang cuba mendekatinya agar tidak melukakan hatinya.

Beliau juga pernah muncul dalam pelbagai program televisyen di Indonesia seperti Sarah Sechan, Ini Talkshow, dan Music Everywhere. Selain itu, Elizabeth membuat penampilan pertama dalam filem Usop Wilcha Meghonjang Makhluk Muzium, arahan Mamat Khalid, memegang watak Tyra Vlad.

Kerjaya Solo dan Projek Istimewa
Pada Januari 2016, Elizabeth melancarkan lagu Inggeris pertamanya Are You Leaving Now yang dicipta oleh Audi Mok dengan lirik nukilannya sendiri. Pada 15 Mac 2017, beliau membuat keputusan untuk meninggalkan Paranormal Talents dan menguruskan kerjaya seninya secara berdikari selepas kontraknya dengan Faithful Music tamat.

Antara projek khas yang disertainya termasuklah nyanyian semula lagu Kau Ilhamku bersama artis seperti Man Bai, Joe Flizzow, Siti Nurhaliza, Afgan Syah Reza, dan Cita Citata sebagai sebahagian daripada kempen pemasaran oleh Yonder Music dan Celcom Axiata.

Pada September 2016, Elizabeth bersama Faizal Tahir dan Jaclyn Victor menyertai kempen #bersatuTENAGA anjuran Tenaga Nasional Berhad dengan menyanyikan lagu Terangi Hidupku sempena Hari Malaysia ke-53.

Lakonan dan Penghargaan
Elizabeth turut aktif dalam bidang lakonan, termasuk memainkan watak Maya Adrianna dalam drama My Darling, Inspektor Daniel pada tahun 2017, arahan Aziz M. Osman. Beliau bergandingan dengan Aaron Aziz, Siti Elizad, Dazrin Kamarudin, dan Erra Fazira.

Antara watak lain yang dibawakannya termasuk Suzy dalam episod Jerat Kekasih siri Gerak Khas dan watak utama dalam filem Misteri Dilaila bersama Zul Ariffin yang ditayangkan pada Februari 2019. Filem yang menjalani penggambaran di Bukit Fraser ini turut dibintangi Rosyam Nor, Namron, dan Sasqia Dahuri.

Elizabeth juga pernah berlakon bersama Syafiq Kyle dalam drama Senafas Rindu, di mana beliau memegang dua watak sebagai Vivianna dan Siti Nur Ain. Kejayaannya dalam bidang muzik dan lakonan menjadikannya salah seorang selebriti serba boleh yang disegani dalam industri hiburan tanah air.

Antara Lagu-Lagu Yang di Nyanyikan Elizabeth Tan :

Tajuk LaguTahun
“Knok-Knok”2014
“The World can Wait”2015
“Somewhere New” (Goldfish & Blink feat. Elizabeth Tan)2015
“Setia”(bersama Faizal Tahir)2015
“Tabah”2016
“Mama” (Aziz Harun feat. Elizabeth Tan)2016
“Are You Leaving Now”2016
“Darling”2017
Police Entry2018
“Semua Sudah”2018
“Hidup Semula”2019
“Shh”2019
“Beku” (bersama Hazama2021
“Narsis” (bersama Zynakal)2022
“Payung”(bersama Zizan Razak)2022
“Tunggu”2023
“Raya Cun”2023

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending