Kemunculan Faizal Hussein dalam drama bersiri Bidaah terus mencetus fenomena apabila wataknya yang penuh kontroversi berjaya mencuri perhatian dan menjadi topik hangat dalam kalangan penonton.
Faizal Hussein merupakan antara pelakon lelaki paling disegani dalam industri hiburan tanah air. Berbekalkan pengalaman lebih tiga dekad dalam dunia lakonan, beliau terus menyerlah dengan kemampuan luar biasa menghidupkan pelbagai watak, disertai karisma yang memukau setiap kali muncul di layar.
Namanya sering dikaitkan dengan deretan filem ikonik era 80-an dan 90-an, selain terus mencuri tumpuan menerusi kemunculan semula dalam karya-karya moden yang memberi impak besar kepada penonton.
Faizal Hussein bukan hanya dikenali melalui filem aksi dan drama berat, malah pernah mencuri perhatian remaja suatu ketika dahulu dengan wajah tampannya dan gaya lakonan yang begitu natural.

Biodata Ringkas Faizal Hussein
- Nama Penuh : Mohd Faizal bin Hussein
- Dikenali Sebagai : Faizal Hussein
- Tarikh Lahir : 31 Mei 1967ย
- Tempat Lahir : Kuala Lumpur, Malaysia
- Umur : 58 Tahun (2024)
- Warganegara : Malaysia
- Agama : Islam
- Pekerjaan : Pelakon, pengarah
- Tahun Aktif : 1972โkini
- Pasangan : Suhaila Sulaiman (k.ย 2004)
- Ibu Bapa :ย Hussein Abu Hassan (bapa), Mahyon Ismail (ibu)
- Anak : Fazryn Faizal, Fazrick Faizal
Senarai Drama
Berikut adalah beberapa drama yang dibintangi oleh Faizal :
- Hanya Padamu
- Bila Musang Berjanggut (versi drama)
- Roda-Roda Kuala Lumpur
- Gerak Khas
- Tuan Rumah Pembantu Rumah
- 6 Protokol
- Slot Samarinda: Nur Kasihย (penampilan khas)
- Kekasih Paksa Rela
- W : Two World
- Titipan Kasih
Bidaah
Senarai Filem
Selain terlibat dalam drama, Faizal Hussein juga membintangi beberapa filem yang meraih sambutan hangat seperti:
- Gila-Gila Remajaย (1985)
- Azuraย (1984)
- Kekasih Awal dan Akhirย (1987)
- Mekanikย (1983)
- Kanta Serigalaย (1990)
- Wayangย (2008)
- Bunohanย (2011)
- Hanyutย (2016)
- KL Special Forceย (2018)
- Polis Evo 3ย (2023)