Seorang individu telah meminta nasihat daripada Shila Amzah tentang cara mengatasi sikap ibu bapa yang sering merendahkannya.
Dalam satu perkongsian di Instagram Story, individu tersebut mengatakan bahawa ibu bapanya tidak memberikan perlakuan yang sama kepada dirinya seperti yang diberikan kepada adik-beradiknya yang lain.
“Macam mana nak handle emosi parent yang suka nampak buruk kita je, tapi dengan adik-beradik yang lain ok je.”

Shila pun menjawab pertanyaan itu dengan memberi nasihat kepada individu tersebut supaya memikirkan diri sendiri. Walaupun begitu, tetap memberikan layanan yang baik kepada kedua ibu bapa.
“Saya pilih untuk tidak handle mereka, buat hal sendiri je. Tapi tetap layan mereka dengan ihsan.”Katanya.