Drama Putri & Phrince – Sinopsis, Lagu tema (OST) & Barisan Pelakon

Bersedia untuk sebuah drama remaja penuh konflik, cinta dan rahsia gelap! Drama bersiri Putri & Phrince bakal menemui penonton di platform Viu bermula 21 Ogos 2025. Hasil arahan Liyana Jasmay, drama ini menampilkan gandingan mantap Nesa Idrus dan Badron Munirah sebagai teraju utama.

Dengan jalan cerita yang dekat dengan dunia remaja hari ini, drama ini pasti membuatkan penonton tertanya-tanya – sejauh mana seseorang sanggup melindungi rahsia apabila populariti mula memakan diri?


Maklumat Drama

  • Tajuk: Putri & Phrince
  • Episod: 12
  • Tarikh Tayangan: 21 Ogos 2025
  • Hari & Masa: Khamis & Jumaat, 12 tengah hari
  • Platform: Viu
  • Skrip: Farah Bani, Faten Syamimie, Intan Suzana
  • Pengarah: Liyana Jasmay
  • Produksi: Mermaid Studios Sdn Bhd

Barisan Pelakon

  • Nesa Idrus sebagai Putri Jasmine Dzulkarnain
  • Badron Munirah sebagai Phrince
  • Fara Nadiah sebagai Erica
  • Khayrisyah Kemal sebagai Lola
  • Adriana Adnan sebagai Cik Aisha
  • Nik Rifaie sebagai Aidil
  • Farihi Narnia sebagai Hud
  • Marsha Biddulph sebagai Betty
  • Aaliyah Natasha sebagai Sophea

Lagu Tema

  • Tajuk: I Got Dat Wow
  • Penyanyi: Mkada
  • Komposer & Lirik: Roy Yarom

Sinopsis

Putri Jasmine Dzulkarnain (Nesa Idrus) hanyalah seorang pelajar biasa, namun sering menjadi mangsa buli pelajar popular sekolah elit Institut Kasturi, iaitu Erica Dato’ Harris (Fara Nadiah). Tidak mahu terus ditekan, Putri bangkit dengan cara berbeza – dia mencipta akaun rahsia di media sosial menggunakan identiti @KarmaKween, untuk mendedahkan sisi gelap para pelajar elit.

Namun semakin banyak rahsia terbongkar, semakin besar bahaya yang menanti. Populariti yang sepatutnya membebaskannya kini menjadi ancaman. Kehadiran Aidil (Nik Rifaie), seorang pelajar berprinsip yang menyimpan agendanya sendiri, membuatkan permainan ini semakin berbahaya – dan Putri perlu memilih sama ada terus bersembunyi di sebalik identiti palsu, atau berani menghadapi dunia sebenar.

Leave a Comment