Pelakon Faizal Hussein telah menarik perhatian netizen setelah berkongsi detik istimewa sambutan hari lahir anak lelakinya, Fazrick Faizal, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagram Faizal, terlihat isteri dan anak perempuannya turut hadir bersama-sama meraikan ulang tahun kelahiran Fazrick.
“Happy Belated Birthday @Fazrick.Faizal” Tulisnya di kapsyen
Melihat pada ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan ucapan hari lahir buat Fazrick, malah ramai yang terpegun dengan wajah tampan anak lelakinya itu.
“Walid.. aku nak anakmu boleh?”
“Hensem anak walid”
“Selamat ulang tahun anaknya walid”