Gelagat Anak Kedua Anzalna Nasir Buat Netizen Terhibur

Baru-baru ini, pelakon Anzalna Nasir berkongsi gelagat comel dua anaknya, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan, yang menghadiahkan sejambak bunga kepadanya untuk meraikan Hari Ibu.

Dalam satu video yang dikongsikan di TikTok, anak sulung Anzalna, Eidrees, dilihat memberikan bunga dengan sopan kepada ibunya sebelum memeluknya erat.

Sebaliknya, anak keduanya iaitu Emirhan, hanya mencampakkan bunga tersebut ke lantai yang membuatkan Anzalna terhibur dengan gelagatnya.

“Perbezaan antara anak pertama dan anak kedua.”

“Punyala lama anak-beranak ni keluar, rupanya pergi gubah bunga.”

“Hadiah paling bermakna buat seorang ibu daripada anak-anak tersayang. Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di luar sana”. Tulisnya

Gelagat Emirhan yang kini berusia tiga tahun telah menghiburkan ramai warganet, dengan ramai yang berpendapat anak nombor dua sering kali memiliki perangai yang unik dan lucu.

Leave a Comment