Pelakon Harris Anuar kini berada di Makkah bersama isteri dan anaknya bagi menunaikan ibadah umrah.
Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Harris telah berkongsi momen penuh bermakna ketika menunaikan ibadah tawaf di Kaabah sambil mendukung anak perempuannya, Medina.
Dalam perkongsian tersebut, Harris menyatakan rasa syukurnya kerana diberi peluang untuk menunaikan ibadah umrah bersama isteri dan anaknya.

“Alhamdulillah, impian seorang ayah menjadi kenyataan.” Tulisnya
Perkongsian itu seterusnya menarik perhatian netizen yang kebanyakannya terhibur melihat gelagat dan telatah Medina.