Menerusi satu perkongsian di TikTok, pelawak Man Raja Lawak menyatakan bahawa hidup dengan kesederhanaan adalah pilihan terbaik yang perlu dijalani.
Katanya, harta pasti akan habis, tetapi kita tidak tahu bila usia seseorang akan berakhir.
“Saya rasa untuk hati tenang, kita kena permudahkan urusan orang. Kalau kita nak kaya, kitaa kena hidup bersederhana.”
“Kalau kita bersederhana makanya hati pun tenang.”
“Duit pasti akan habis kan macam mana banyak pun, yang kita tak tahu cuma umur kita bila akan habis.” Katanya
Tambahnya lagi, nikmatilah kehidupan selagi diberi kesempatan di dunia ini.