Baru-baru ini, pelakon Mohd Zulikmal Amry Ghazali atau lebih dikenali sebagai Ikmal, meluahkan rasa syukur kerana perkahwinan telah banyak mengajarnya tentang makna kehidupan.
“Saya memutuskan untuk berkahwin ketika nama saya sedang berada di puncak.ย Bagi seorang lelaki, 26 tahun adalah lingkungan usia kita sedang sibuk mengejar impian.”
“Ketika itu waktu kita ย berada di fasa pandemik. Itu bukan satu keputusan yang saya menyesal dan itu adalah keputusan yang saya bersyukur saya buat sebab daripada situ saya banyak belajar tentang hidup usah payah, kesabaran dan macam-macam lagi. Perkara-perkara inilah yang buatkan diri saya bertambah baik.” Katanya
Pada masa yang sama, Ikmal berkata bahawa rezekinya dalam bidang seni semakin mencurah setelah dia bergelar suami.
“Selepas berkahwin, rezeki saya lebih mencurah-curah. Macam-macam cara Allah hantarkan rezeki dan bukan sahaja daripada bidang lakonan.”
“Alhamdulillah, saya sentiasa rasa cukup walaupun tidak kaya raya. Itu yang membuatkan saya sentiasa bersyukur.” Katanya