Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, usahawan dan suami kepada pelakon Fatin Afeefa, iaitu Opai dilihat sedang menyediakan kelengkapan sukan buat anak tirinya.
Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opaiย berkata pada tahun ini Ivy Herra Sophia, 9, memasuki pertandingan larian mewakili rumah sukan warna biru. Sebagai sokongan, Opai membelikan kasut sukan baharu buat Ivy supaya dia dapat menunjukkan pretasi cemerlang.
“Ivy satu-satunya anak perempuan bapa”
“Sebagai seorang bapa, anak nak masuk pertandingan lumba lari mewakili rumah biru”
“Jadi Ivy perlukan segala benda dan saya kena sediakan untuk rumah biru menang”
Dalam video yang sama, Opai juga berkata Ivy mempunyai semangat kesukanan yang tinggi kerana setiap tahun dia ingin memasuki pertandingan sukan tahunan.
“Masa saya berkahwin dengan isteriย saya, saya rasa pelik sebab anak kena ada medal”
“Tahun lepas Ivy nak masuk pertandingan perbarisan tetapi saya tidak bagi. Tahun ini dia masuk larian” Katanya