Connect with us

Terkini

Jebat Jayden Gembira Selepas Dapat Baju Gucci – Saya Tak Tahu Nak Cakap Apa

Published

on

Jebat Jeydan dapat baju gucci

Jebat Jayden Ahmad, anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad, sering menjadi tumpuan netizen dengan gelagatnya yang comel dan menghiburkan.

Menerusi video terbaharu yang dimuat naik oleh Rosix Omar, rakan baik ibunya, Jebat dilihat sedang mencuba sepasang pakaian berjenama mewah Gucci.

Difahamkan bahawa Jebat sendiri telah meminta Nabila membelikan baju berjenama mewah itu untuknya.

“Dia memang request Bella?

“Dia nak Gucci.”

Pada masa yang sama, Rosix sempat bertanya tentang perasaan Jebat selepas menerima hadiah tersebut. Melihat Jebat begitu gembira hingga pipinya kemerah-merahan, Rosix tidak dapat menahan diri daripada ketawa terbahak-bahak.

Kata Jebat, dia terkejut dan tidak dapat berkata apa-apa kerana akhirnya berjaya memiliki baju yang diidamkan.

“Saya tak tahu nak cakap apa lagi.” katanya

Melihat ke ruangan komen, kebanyakan netizen rasa terhibur dengan reaksi Jebat yang sangat comel.




Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending