Connect with us

hiburan

Juara MLM Jadi Juri Tetap RL6?

Published

on

raja lawak

Tahniah Murai Batu ucapkan kepada team produksi Raja Lawak 6 (RL6) kerana berani melakukan pembaharuan untuk musim terbaru program lawak nombor satu di Malaysia ini.

Antara kelainannya ialah pihak produksi memperkenalkan tenaga pengajar serta pengetua yang diberi nama Cif Besar dan Cif Kecil.

Dengarnya, pengarah filem popular yang petah memberikan hujah, iaitu Ahmad Idham akan dipilih menjadi Cif Besar.

Selain Cif Besar, Murai Batu mendapat tahu Yus, Tauke dan Angah Raja Lawak dengarnya akan dipilih menjadi Cif Kecil untuk RL6 nanti.

Dalam ramai-ramai pelawak mereka bertiga yang terpilih untuk menjadi Cif Kecil. Murai Batu terfikir sejenak, mungkin pemilihan Tauke dan Yus berdasarkan impak mereka dalam Maharaja Lawak yang lalu. Sementara itu, Angah pula, mungkin pemilihannya berdasarkan filem lakonannya yang sering mencecah carta box -office.

Dalam pada itu, Murai Batu mendapat tahu juara Maharaja Lawak Mega (MLM), bakal menjadi juri tetap RL6 nanti.Apa sekalipun, kebenarannya masih belum diketahui.

Menariknya lagi, khabarnya juri RL6 juga bakal dihiasi oleh seorang pelawak wanita yang bermulut pedas bagi memeriahkan lagi program berkenaan. Murai Batu yakin pastinya ramai yang sudah tidak sabar menantikan program RL6 nanti.

MURAI BATU: Berdebar Untuk Mengetahui Siapakah Juara MLM?

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *