Connect with us

Terkini

Kandungan Dah Lapan Bulan, Nabila Razali Masih Aktif Bekerja

Published

on

Nabila Razali

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali tetap aktif bekerja meskipun kandungannya sudah memasuki usia lapan bulan dan dijangka melahirkan bulan depan.

Nabila berkata, dia telah berusaha mengosongkan jadual kerjanya sejak bulan lalu, tetapi gagal kerana sudah terbiasa bekerja dan sukar untuk duduk diam, kecuali apabila tiba waktunya untuk melahirkan.

“Kandungan saya sekarang sudah lebih lapan bulan dan sekarang masih bekerja. Apa yang saya boleh cakap, ia adalah rezeki anak dan saya tak boleh nak tolak.

“Mengikut perancangan, saya sepatutnya dah berehat dari kerjaya seni bulan lalu dan saya pun dah kosongkan jadual tetapi disebabkan saya seorang yang tak boleh duduk diam, saya memilih untuk terus bekerja.”

Nabila turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan suami yang sangat memahami, Nik Iruwan. Walaupun suaminya tidak menghalang dia untuk terus bekerja, Nik Iruwan sentiasa memberi nasihat agar Nabila menjaga kesihatan diri dan kandungannya.

“Alhamdulillah, dia okay cuma dia pesan jaga diri elok-elok, jangan terlalu kerja berlebihan kerana nanti akan penat.”

Ketika ditanya mengenai persiapan menjelang kelahiran anak pertamanya, Nabila berkata bahawa dia telah membeli hampir kesemua barangan keperluan bayi, hanya beberapa barangan lagi yang masih belum dibeli.

Nabila juga mengakui bahawa dia merasa cemas untuk menghadapi proses kelahiran anak pertama pada Januari depan. Dalam masa yang sama, dia juga meminta nasihat daripada mereka yang berpengalaman mengenai persiapan sebelum melahirkan.

Nabila turut meminta orang ramai mendoakan supaya segala urusan kelahiran anak pertamanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Dalam perkembangan terkini, Nabila Razali bersama penyanyi Bella Astillah telah melancarkan single baharu mereka yang diberi judul CACACA.

Lagu tersebut adalah hasil terbitan Universal Music Malaysia dengan ciptaan Mage, Jaโ€™a, dan Ezra Kong.

Muzik video (MV) untuk lagu CACACA telah dilancarkan pada 6 Disember lalu di saluran YouTube Nabila Razali Entertainment.





Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending