Pelakon jelita, Anzalna Nasir, baru-baru ini mengunjungi sebuah pusat perlindungan anak yatim dan telah menyentuh hati warganet.
Dalam video yang dimuat naik di TikTok, Anzalna kelihatan mendukung seorang bayi. Menerusi kapsyen, aktres berusia 37 tahun itu berkongsi kisah pilu bayi tersebut yang ditinggalkan oleh ibu kandungnya.
“Kebetulan, bila tanya nak bagi barang-barang bayi rupanya ada bayi baru di Rumah Yatim Nurkasih, Melawati. Berbaur perasaan bila melihat anak kecil yang ditinggalkan oleh ibunya seawal usia tiga hari kerana tidak berkemampuan untuk menjaga selepas ditinggalkan suami yang pergi kepada betina lain.”
“Semoga dia membesar menjadi anak yang soleh.” Tulisnya
Melihat ruangan komen, ramai warganet turut berasa sebak mengenangkan nasib bayi itu yang sangat memerlukan kasih sayang dan perhatian seorang ibu.