Terkini
Neelofa Terima Anugerah Wanita Inspirasi Di Voices Her Festival
Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa sekali lagi mencatat kejayaan membanggakan apabila menerima anugerah kategori Wanita Inspirasi di acara The Muslim World Women’s Summit: Voices HER Festival dan Anugerah Ibu Zain 2025 yang berlangsung pada hari Rabu.
Penghormatan ini mengiktiraf sumbangan serta pengaruhnya sebagai seorang selebriti dan usahawan berjaya, sekaligus menjadikannya inspirasi kepada wanita sebagai ikon Muslimah yang memberi inspirasi kepada masyarakat.
Neelofa, yang juga Pengasas Nunha, menyatakan bahawa penghargaan ini bukan sekadar pencapaian peribadi, tetapi simbol kekuatan, keazaman, dan peranan penting wanita dalam membentuk dunia hari ini.
Menurutnya, kejayaan bukan diukur berdasarkan pencapaian material semata-mata, tetapi pada sejauh mana kita mampu membawa perubahan positif.
“Anugerah ini bukan hanya untuk saya, tetapi untuk semua wanita di luar sana yang berusaha menggapai impian mereka tanpa mengorbankan prinsip dan nilai yang dipegang. Saya berharap kejayaan ini dapat menjadi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk berani mengejar cita-cita mereka.”
“Kejayaan bukan hanya diukur dari segi pencapaian material, tetapi juga dari segi bagaimana kita memberi impak positif kepada masyarakat dan membawa perubahan yang lebih baik.” Katanya
Menurutnya, anugerah ini didedikasikan kepada semua wanita yang berani keluar dari zon selesa, berusaha tanpa mengenal penat, dan tetap teguh berpegang pada prinsip serta keimanan mereka.
“Semoga kita semua dapat terus menjadi inspirasi kepada satu sama lain dan membantu membentuk dunia yang lebih baik.”
“Terima kasih kepada pihak penganjur atas penghargaan ini dan kepada semua yang sentiasa menyokong perjalanan saya. Moga Allah SWT terus memberkati langkah kita semua.” Katanya
Neelofa sebelum ini sudah meraih pelbagai anugerah atas kejayaan dalam bidang keusahawanan dan pengaruhnya dalam dunia fesyen serta media sosial.
Beliau turut aktif dalam kerja kebajikan dan sering berkongsi ilmu serta pengalaman bagi menyokong pemerkasaan wanita dalam perniagaan dan kehidupan.
Anugerah ini sekali lagi membuktikan bahawa Neelofa bukan hanya sekadar ikon dalam industri hiburan, tetapi juga seorang wanita yang membawa pengaruh besar dalam masyarakat, khususnya dalam dunia Islam.
-
Terkini2 years ago
Semakan No Plat Kenderaan Terkini 2023
-
Terkini3 months ago
APDM 2024: Login Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM MOE
-
hiburan1 year ago
Live Streaming Gegar Vaganza 2023 (Siaran Langsung)
-
Terkini2 years ago
PAJSK: Login Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
-
Terkini2 years ago
MyBayar Saman: Cara Semakan Saman PDRM dan Bayar Secara Online
-
Terkini2 years ago
Peka B40: Semakan Status Permohonan dan Kelayakan
-
Terkini2 years ago
“Apa dia ingat dia mandi sungai ke, Kena jadi Leeminho dulu bang baru orang sanggup patah tangan sambut” – Mat Sabah lompat dari pentas tarik tumpuan netizen.
-
Terkini2 years ago
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2023 (Kakitangan Kerajaan)