Pada Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) semalam, penyanyi Nabila Razali berjaya menyentuh hati penonton dengan persembahannya yang penuh emosi melalui lagu “Selagi Ku Ada” dalam duet bersama Khai Bahar.
Penampilan Nabila Razali di atas pentas mendapat sambutan hangat dari penonton. Banyak netizen memberikan pujian kepada Nabila kerana vokalnya menunjukkan peningkatan yang ketara, malah kedengaran lebih baik berbanding sebelum ini.
Suami Nabila Razali (Nik Iruwan) juga hadir memberikan sokongan kepada isterinya. Nik Iruwan menyatakan rasa bangganya melihat persembahan Nabila dan Khai di malam kemuncak AJL38 semalam.