Connect with us

Terkini

Ozlynn Beri Nasihat Kepada Pasangan Suami Isteri – Bukan Senang Jadi Suami & Bukan Mudah Jadi Isteri

Published

on

Ozlynn beri nasihat kepada pasangan suami isteri

Pelakon Ozlynn berkongsi nasihat kepada pasangan suami isteri dalam menghadapi cabaran hidup bersama.

Dalam hantaran di Instagram, Ozlynn menegaskan bahawa komunikasi antara suami, isteri, dan anak-anak adalah sangat penting.

“Dalam hidup ni banyak yang aku belajar, ya tiada manusia yang sempurna. Tapi semakin kita belajar semakin inginkan perubahan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga. Sebab itu dalam hubungan komunikasi tu penting, lebih-lebih lagi kaum isteri yang lebih banyak masa untuk anak-anak.”

“Suami perlu memainkan peranan juga, jangan sampai isteri tiada tempat untuk meluahkan lelah.”

Menurut Ozlynn, berselisih pendapat adalah perkara biasa dalam rumah tangga. Oleh itu, suami dan isteri perlu menjadi pendengar yang baik dan peka terhadap keperluan anak-anak.

“Bukan senang jadi suami dan bukan mudah jadi isteri.”

“Sebab tu biar kadang terasa dengan kata-kata pasangan, makna masih punya hati. Jangan sampai apa yang pasangan luahkan, kita tak ambil peduli..tanda hati sudah mati.”

“Tiada pasangan yang tak pernah gaduh atau terasa hati. Barulah ada warna warni. Suami tolong ambil peduli, baik isteri mahupun anak. Jangan sampai bila mak ayah dah tak ada, anak tak terasa kehilangan sebab kita tak pernah ada bila mereka perlukan.” Tulisnya

Pada masa yang sama, pelakon itu juga menasihati pasangan suami isteri untuk mengurangkan masa bermain telefon.

“Kurangkan masa kita semua dari media sosial atau telefon yang boleh melalaikan kita dan anak-anak”

“Berjayanya kita bila lebihkan masa dengan Al-Quran dan faham setiap bacaan.” Katanya







Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending