Pabila Dia Tersenyum : Sinopsis, Pelakon

Pabila Dia Tersenyum ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia tahun 2025 yang diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh Global Film Station Sdn. Bhd. Drama ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Alya Iman, Amir Ahnaf dan Adam Lee. Drama ini mula ditayangkan secara eksklusif di platform Viu pada 24 April 2025.

Sinopsis Pabila Dia Tersenyum

“Pabila Dia Tersenyum” merupakan refleksi dunia fiksyen Elina. Kerana terlalu gilakan Irman, ibu Elina iaitu Mirah sanggup meninggalkan keluarganya. Selepas bapa saudara Elina, Benson, dimasukkan ke dalam lokap, Elina yang dipenuhi rasa benci terpaksa mencari semula ibunya, Mirah. Dalam perjalanan pulang, Zuhayr terserempak dengan Elina yang berada dalam keadaan tenat di dalam semak, lalu segera membawanya ke hospital.

Selepas sedar daripada koma, Elina mengalami kehilangan ingatan. Kehidupan Zuhayr mula menjadi kucar-kacir apabila dia berusaha melindungi gadis yang dikenalinya hanya melalui nama di kad pengenalan. Kehadiran Zafrul yang cuba menambat hati Elina semakin merumitkan keadaan.

Apakah Elina dan Zuhayr mampu melupakan bayang-bayang masa lalu mereka dan menemukan kebahagiaan bersama?

Pelakon & Watak

  • Alya Iman sebagai Elina
  • Amir Ahnaf sebagai Zuhayr
  • Adam Lee sebagai Daniel
  • Rusdi Ramli sebagai Zulkifli
  • Marisa Yasmin sebagai Sofea
  • Zarynn Min sebagai Mirah
  • Iqram Dinzly sebagai Imran Faris
  • Nazrief Nazri sebagai Bahri
  • Jay Iswazir sebagai Daeng
  • Heidi Nur Aleesya sebagai Elina kecil


Leave a Comment