Pelakon Trisha Ooi mengalami detik cemas apabila terperangkap di kawasan tanah runtuh di Genting Highland semasa dalam perjalanan menuju lokasi penggambaran di Janda Baik, Pahang.
Dalam hantaran yang dikongsikan melalui Instagram Story, Trisha atau nama penuhnya Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, menjelaskan bahawa insiden tersebut berlaku ketika dia bersama krew produksi dalam perjalanan dari Genting Highlands ke Janda Baik.
“Sejak dua tiga hari lalu, kami jalani penggambaran di Genting Highland dan Janda Baik berulang-alik“
“Malam tadi selesai penggambaran di Genting, kami tidur di sana.”
“Pagi ini, kami dari Genting Highland nak ke Janda Baik tetapi berlakunya tanah runtuh. Dari atas sana sampai ke bawah ini”. Katanya
Dalam hantaran yang sama, Trisha menunjukkan betapa seriusnya keadaan jalan dipenuhi tanah sehingga menghalang laluan utama.
Sambil berkongsi tentang kejadian tanah runtuh tersebut, Trisha memohon agar orang ramai mendoakan keselamatan mereka di lokasi kejadian.
“Jadi, kami tidak boleh keluar dari sini. Tolong doakan kami.”