Terkini
Permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE) & Semakan Status
Penduduk Negeri Selangor yang berada dalam kumpulan sasar layak untuk membuat permohonan Skim Air Darul Ehsan (SADE) di mana pemohon yang layak akan menerima air secara percuma terus ke rumah.
Tujuan utama pengenalan Program Pemberian Air Percuma ini ialah sebagai tujuan untuk meringankan kos hidup rakyat Negeri Selangor, lebih spesifik kepada kategori berpendapatan rendah. Namun, program ini telah dapat dirasai oleh semua peringkat pendapatan.
Disebabkan itu, untuk memastikan bantuan ini mencapai objektif perlaksanaannya dan selari dengan hasrat Kerajaan Negeri menuju perbelanjaan yang lebih berhemah. Dewan Negeri Selangor pada 23 November 2018 telah membenarkan supaya penjajaran semula Program Pemberian Air Percuma ini dibuat bagi mencapai objektif sebenar Inisiatif Peduli Rakyat Kerajaan Negeri dengan mensasarkan bantuan kepada kumpulan sasar iaitu golongan yang lebih memerlukan dan layak.
Cara Memohon Skim Air Darul Ehsan (SADE)
Permohonan Skim Air Darul Ehsan boleh dibuat dengan melayari pautan https://www.ssipr.selangor.gov.my . Selain itu borang juga boleh dimuat turun dengan melayari https://www.airselangor.com
Borang yang telah siap dan lengkap boleh dihantar melalui emel ke iprair@airselangor.com
atau melalui mana-mana Kaunter Perkhidmatan di 10 pejabat wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.
perhatian:
Pengguna akaun meter pukal dalam jenis kediaman pangsapuri kos rendah akan terus mendapat 20 meter padu air percuma di bawah Skim Air Darul Ehsan (SADE) secara automatik sehingga 31 Disember 2024 melalui pelaksanaan sedia ada yang melibatkan JMB/MC serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
Syarat-syarat
Syarat permohonan SADE adalah seperti berikut:
SYARAT-SYARAT
- Pemohon haruslah seorang warganegara Malaysia dan menetap/tinggal di Negeri Selangor.
- Pendapatan bulanan isi rumah adalah RM5,000 ke bawah (suami dan isteri
termasuk pendapatan pasangan bukan warganegara, tiada pasangan atau bujang). - Premis kediaman adalah meter individu.
- Pemohon SADE cuma layak membuat permohonan untuk satu akaun/premis sahaja.
baca juga:
Permohonan penamatan bagi permohonan semula
Borang Permohonan Penamatan/Pembatalan SADE boleh anda download melalui laman web Air Selangor di www.airselangor.com/residential/skim-air-darul-ehsan/. Baca notis arahan dan hantar borang anda yang telah lengkap diisi dengan lampiran (jika berkaitan) ke email iprair@airselangor.com atau hantar ke mana-mana 10 Kaunter Perkhidmatan Pejabat Wilayah Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. bersama dengan Borang Permohonan SADE bagi permohonan semula akaun/premis SADE yang baharu (jika berkenaan) untuk langkah seterusnya.
sumber: https://portalsemakan.com/skim-air-darul-ehsan/
-
Terkini2 years ago
Semakan No Plat Kenderaan Terkini 2023
-
Terkini2 years ago
APDM 2023: Login Aplikasi Pangkalan Data Murid KPM MOE
-
hiburan12 months ago
Live Streaming Gegar Vaganza 2023 (Siaran Langsung)
-
Terkini2 years ago
PAJSK: Login Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
-
Terkini2 years ago
MyBayar Saman: Cara Semakan Saman PDRM dan Bayar Secara Online
-
Terkini2 years ago
Peka B40: Semakan Status Permohonan dan Kelayakan
-
Terkini2 years ago
“Apa dia ingat dia mandi sungai ke, Kena jadi Leeminho dulu bang baru orang sanggup patah tangan sambut” – Mat Sabah lompat dari pentas tarik tumpuan netizen.
-
Terkini2 years ago
Tarikh Gaji Penjawat Awam 2023 (Kakitangan Kerajaan)