Pasangan selebriti, Hairul Azreen dan Hanis Zalikha sering menarik perhatian netizen kerana pendekatan unik mereka dalam mendidik anak-anak.
Tapi, apa yang mencuri tumpuan kali ini adalah luahan hati Hairul yang begitu romantik terhadap isterinya.
Melalui perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Hairul mengakui bahawa dia masih memikat hati Hanis, meskipun mereka sudah dikurniakan dua cahaya mata.
“Saya adalah peminat Hanis Zalikha“
“Kalau boleh saya setiap hari nak try ngorat dia, walaupun dah ada dua anak”
“Sebab saya memang suka dia dari dulu”
Pada masa yang sama, Hairul juga menjelaskan keputusan untuk berhenti daripada dunia lakonan adalah untuk memberi tumpuan yang lebih kepada anak-anaknya.
“Bila saya nampak anak membesar depan mata, saya gembira.” katanya