Connect with us

Terkini

Shasha Abedul Kini Tampil Berhijab

Published

on

Shasha Abedul kini berhijab

Baru-baru ini, pelakon Shasha Abedul tampil dengan imej baharu apabila mula berhijab. Shasha mengakui bahawa imej baharunya itu membuatkan dirinya semakin tenang.

Shasha, 28, menyatakan bahawa keinginan untuk bertudung muncul apabila dia merasa bersalah ketika hendak memuat naik foto tanpa tudung di media sosial atau ketika berada di luar.

Selain itu, Shasha menjelaskan bahawa penghijrahan itu dilakukan bukan untuk memenuhi kehendak manusia, tetapi merupakan perintah Allah.

“Sebenarnya, saya memang sudah lama memasang niat untuk berhijab sejak beberapa bulan lalu. Tapi Shasha jenis yang kalau nak buat sesuatu jangan hanya buat sekadar, perlu tahu apa yang perlu dilakukan. Saya perlu belajar dahulu lebih dalam ilmu agama dan hadiri kelas.”

“Saya ingatkan diri sendiri, tindakan ini dibuat bukan untuk orang lain tetapi untuk diri sendiri dan juga kerana Allah. Selepas saya akhirnya faham, apa yang saya buat ini perintah Allah.”

Mengulas tentang perasaannya selepas bertudung, Shasha mengakui bahawa dia merasa seolah-olah dilahirkan semula.

โ€œSelepas bertudung saya rasa bagai dilahirkan semula, saya rasa seperti orang yang baharu, perasaan yang saya tak boleh nak ungkap, tak boleh nak cakap tetapi saya rasa menakjubkan dan saya suka, alhamdulillah,โ€

“Perasaan ingin bertudung timbul dengan sendiri apabila ada satu hari saya bangun tidur nak muat naik gambar โ€˜free hairโ€™ di IG, tetapi rasa serba salah dan tidak selesa. Mungkin hidayah ketika itu sudah sampai.” Katanya



Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending