Sikap Tegas Johan Tegur Anak Bab Solat Menarik Perhatian Ramai

Pelawak dan penyampai radio, Johan, telah menarik perhatian ramai selepas satu video yang menunjukkan dirinya menegur anak-anak supaya segera bersiap untuk menunaikan solat fardhu.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram, Johan dilihat menegur anak-anaknya supaya berhenti bermain gajet dan segera mengambil wuduk serta bersiap untuk menunaikan solat.

“Saya cakap saya tak nak ulang ya, kalau saya cakap awak tak bergerak saya tib*i nanti.”

“Saya cakap pergi amik wuduk pakai telekung, all that you need time, so dont waste time.”

“Tutup, saya tak nak siapa-siapa main gadjet,โ€ tegas Johan.”

Melihat pada ruangan komen, kebanyakan warganet memuji pendekatan Johan yang tegas dan konsisten dalam mendidik anak-anaknya tentang kepentingan menunaikan solat tepat pada waktunya.


Leave a Comment