Connect with us

Terkini

Sinopsis Dendam Seorang Madu

Published

on

Sinopsis drama dendam seorang madu

Dendam Seorang Madu ialah drama Malaysia arahan Riza Baharudin, menampilkan Redza Rosli, Hannah Delisha, dan Sweet Qismina. Drama ini bakal ditayangkan mulai 3 Mac 2025 di Slot Tiara, Astro Prima, menggantikan Berbahagi Suami.

Sinopsis

Drama ini mengisahkan tentang Rayhana, seorang gadis dari keluarga miskin, berkahwin dengan Faris demi mendapatkan rawatan perubatan untuk ibunya. Namun, tidak lama selepas perkahwinan mereka, Rayhana terkejut apabila mengetahui bahawa Faris sudah pun memiliki isteri pertama bernama Izara. Tanpa pengetahuannya, ibu Faris, Hanum, sebenarnya mempunyai rancangan jahat untuk merampas harta pusaka peninggalan arwah ayahnya.

Rayhana hampir kehilangan nyawa dalam satu cubaan pembunuhan yang bertujuan merebut harta tersebut. Namun, dia berjaya menyelamatkan diri dan kembali dengan identiti baharu. Kali ini, dia tekad membalas dendam terhadap Faris, Izara, dan Hanum atas segala pengkhianatan yang dilakukan terhadapnya.

Info Drama

  • Episod :ย 50 Episod
  • Tarikh Tayangan :ย 17 Februari 2025
  • Waktu Siaran :ย Isnin – Jumaat, 6:00 petang
  • Rangkaian :ย Astro Prima & Astro GO

Pelakon & Watak

  • Redza Rosli sebagai Faris
  • Hannah Delisha sebagai Rayhana
  • Sweet Qismina sebagai Izara
  • Lisdawati sebagai Ramlah
  • Emelda Rosemila sebagai Hanum
  • Shah Iskandar sebagai Imran
  • Dian P Ramleeย 
  • Azizah Mahzan
  • Lorenzo Irmann
  • Zeera Azizi
  • Hanna Halimย 
  • Aida Khalida
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending