Sinopsis Drama Calon Isteri Buat Suami (TV3)

“Calon Isteri Buat Suami” merupakan sebuah drama televisyen Malaysia tahun 2025 arahan Bahri Uma Bajuri dan diterbitkan oleh Sha’s Media Sdn. Bhd. Drama ini menampilkan lakonan hebat Jazmy Juma dan Siti Hariesa sebagai teraju utama. Ia mula bersiaran pada 8 April 2025 di Slot Akasia TV3, menggantikan drama “Bukan Sekadar Lafaz 2.”

Sinopsis

Haizi (Siti Hariesa) nekad memulakan hidup baru di Kuala Lumpur selepas putus tunang dengan Khalif. Namun segalanya berubah apabila dia secara tak sengaja menyelamatkan Datin Yasmin dalam satu insiden. Sejak itu, hidup Haizi berubah apabila dia ditawarkan kerja, dan lebih mengejutkan ditawarkan untuk berkahwin dengan anak Datin Yasmin, Nazim (Jazmy Juma). Tetapi tawaran itu datang dengan syarat pelik: jika Haizi mahu berpisah, dia mesti cari calon isteri lain yang lebih sesuai untuk Nazim.

Bermula dengan keraguan dan hubungan yang dingin, perkahwinan kontrak antara Haizi dan Nazim perlahan-lahan menumbuhkan benih cinta yang tak diduga. Namun kebahagiaan mereka mula diuji apabila Dayana (Trisha Ooi), sepupu Nazim, muncul membawa fitnah dan dendam silam. Segalanya menjadi semakin rumit apabila Haizi disahkan mengandung. Mampukah cinta mereka bertahan dalam badai, atau segalanya akan musnah sekelip mata?

Pelakon & Watak

  • Jazmy Juma sebagai Nazim Hilman
  • Siti Hariesa sebagai Haizi
  • Trisha Ooi sebagai Dayana
  • Hazeeq Dean sebagai Khalif
  • Razak Ahmad sebagai Haji Hamdan
  • Jasmin Hamid sebagai Datin Yasmin
  • Tony Eusoff sebagai Datukย  Rizuan
  • Emelda Rosemila sebagai Zahnita
  • Jannah Izwandy sebagai Sharina
  • Razzuan Rosli sebagai Danif
  • Shazia Rozaini
  • Dayang Areeda
  • Talha Harith
  • Kirana Batrisyia
  • Zarynn Minย 
  • Nadia Aqilah
  • Fauziah Nawi

Leave a Comment