Drama ini mengisahkan tentang Juraini (Riena Diana), seorang gadis yang terperangkap dalam kehidupan penuh dugaan akibat ketamakan bapanya terhadap wang, sehingga mengabaikan keluarganya. Keadaan ini memaksa Juraini melarikan diri dari kampung untuk mencari kebahagiaan serta menemui jati dirinya sebagai seorang wanita.
Juraini dibesarkan di bawah jagaan bapanya, Pak Talib, yang menyalahgunakan agama demi kepentingan dirinya. Ketamakan Pak Talib memaksa Juraini berulang kali mengorbankan diri untuk menanggung kebajikan keluarganya yang diabaikan oleh Pak Talib.
Ketika menghadapi rintangan hidup, Juraini bertemu dengan Nathan (Keith Foo), seorang lelaki bukan Islam yang baik hati dan berasal dari Auckland. Ketika cinta mereka mula berputik, Juraini diuji dengan pengkhianatan Azman, pengurus tempat kerjanya, yang telah melakukan perbuatan memalukan terhadapnya hingga hidupnya menjadi kucar-kacir. Dalam keadaan yang huru-hara, Juraini tekad untuk memulakan hidup baru bersama Nathan di Auckland.
Juraini telah menukar identiti menjadi Joanna dan membina kehidupan baru bersama Nathan dan anak mereka, Samantha. Namun, di sebalik kebahagiaan yang dicari dan dinikmati, dia masih merasakan kekurangan tanpa kehadiran keluarga tercinta yang jauh di kampung.
Info Drama
- Bilangan Episod: 28 Episod
- Tarikh Tayangan:ย 16 September 2024
- Waktu Siaran:ย Isnin – Khamis
- Platform Digital:ย Tonton
- Penulis Skrip:ย Fara Alya Ashaari
- Pengarah:ย Riza Baharudin
- Produksi:ย Global Station Sdn Bhd
Pelakon & Watak
- Riena Diana sebagai Juraini (muda) / Samantha
- Keith Foo sebagai Nathan
- Emelda Rosemila sebagai Juraini / Joanna
- Nabil Aqil sebagai Imaanย
- Husna Mustaffa sebagai Suri
- Kodi Rasheed sebagai Aziz
- Shamsul Ghau Ghau sebagai Pak Talib
- Rosnah Johari sebagai Mak Yam
- Mas Anizan sebagai Mak Su
- Louisa Chong sebagai Anneย
- Azhar Amir sebagai Azmanย
- Zera Hariz sebagai Zainun
- Azwan Kombos sebagai Hidayat
- Ku Frisha sebagai Maya
- RJ Helmi sebagai Dr Johan
- Alif Hadi sebagai Fikhri