Connect with us

Terkini

Sinopsis Drama Wanita Syurga TV3

Published

on

Sinopsis drama wanita syurga

Drama ini bercerita tentang kehidupan Ardini, seorang wanita yang sudah berkeluarga dan mempunyai dua anak, Wanna dan Warith. Walaupun sudah berkeluarga, kehidupannya tidak sempurna.

Ardini terpaksa melepaskan kedua anaknya, Wanna dan Warith, kerana ingin membebaskan diri daripada perkahwinan yang dikhianati oleh Amar. Tetapi, dia menyedari bahawa dia tidak mampu untuk hidup tanpa Wanna dan Warith dalam kehidupannya.

Dengan kedatangan Luqman, peguam syarie dan kawan Ardini dari kampung, memberikan semangat baru kepada Ardini. Ardini bertekad untuk mendapatkan kembali haknya yang telah dirampas oleh Amar dan Farah.

Adakah Ardini berjaya mendapatkan haknya yang hilang kembali?

Info Drama

  • Episod:ย 35 episod
  • Tarikh Tayang:ย Ramadan 2024
  • Waktu Siaran:ย Isnin – Jumaat, 7:00 malam
  • Rangkaian:ย Akasia TV3

Pelakon Dan Watak

  • Siti Khadijah Halim sebagai Ardini Zahira
  • Redza Rosli sebagai Amar Ilhami
  • Nazim Othman sebagai Luqman
  • Riena Diana sebagai Farah Mokhtar
  • Shah Iskandar
  • Puteri Khareeza
  • Marisa Yasmin
  • Amyza Aznan
  • Annie Mosha
  • Arieana Mikayla
  • Syazuwan Hassan
  • Syamim Farid
  • Wan Sharmila

Jangan lepaskan drama menarik, Wanita Syurga, yang bakal mengisi slot Akasia TV3 pada bulan Ramadan ini! Anda akan dapat menikmati aksi hebat pelakon-pelakon seperti Redza Rosli, Siti Khadijah Halim, Nazim Othman, Riena Diana, dan banyak lagi. Drama ini diterbitkan oleh Zamriez Golden Pictures diarahkan oleh Reza Baharudin, dengan skrip yang ditulis oleh Sophilea. Jadi, pastikan anda sedia untuk menyaksikan kisah yang menarik ini!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending