Baru-baru ini, pelakon Amir Ahnaf telah menarik perhatian ramai apabila beliau mengalunkan ayat suci Al-Quran semasa hadir di sebuah majlis rumah terbuka.
Dalam satu perkongsian di TikTok, Amir dilihat mengenakan baju melayu berwarna hijau muda. Namun, yang lebih menarik perhatian ialah apabila dia diminta untuk membacakan Surah Al-Fatihah.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan kemerduan suara Amir ketika mengalunkan ayat suci Al-Quran. Ramai juga yang memuji cara didikan ibu bapanya yang berjaya membentuk Amir sebagai anak yang mendalami ilmu agama.