Connect with us

Terkini

Tomok & Sharul Dinobatkan Sebagai Duo Terbaik FD4 Buat Kali Ketiga

Published

on

tomok dan sharul duo terbaik kali ketiga FD4

Tomok dan Sharul, pasangan sepupu, dinobatkan sebagai duo terbaik dalam minggu ke-5 Famili Duo Musim ke-4 (FD4) yang berlangsung pada malam Ahad.

Pasangan duo itu telah mempersembahkan dua lagu bertemakan Irama Dangdut, iaitu Bolehlah Boleh yang dipopularkan oleh Mas Idayu dan Kelentang-Klentong nyanyian asal Hael.

Dari segi pemarkahan, mereka berjaya meraih markah tertinggi sebanyak 74.54 peratus, sekali gus mengalahkan Ayie dan Salma yang berada di tempat kedua.

Dengan kemenangan tersebut, Tomok dan Sharul berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 sebagai ganjaran, bersama dengan hamper tajaan Perfume Paradise.

Mas Idayu, sebagai juri tetap turut terpegun dengan persembahan duo sepupu ini dan memberikan penilaian penuh 10. Beliau juga berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan.

Manakala, Rosyam Nor yang juga selaku juri tetap memuji kreativiti yang ditunjukkan oleh Tomok dan Sharul, serta menantikan kelainan yang akan mereka tampilkan dalam persembahan minggu akan datang.





Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending