Pelakon terkenal Uqasha Senrose akhirnya mengesahkan bahawa dirinya kini sedang hamil anak Pertama. Berita gembira itu diumumkan oleh Uqasha melalui Instagramnya pada 14 Januari 2024 (Ahad). Uqasha juga mendedahkan bahawa beliau pernah mengalami dua kali keguguran dalam usaha untuk memiliki anak dan pengalaman tersebut membuatnya memilih untuk menyembunyikan kehamilannya.

“Syukur Ya Allah. Alhamdulillah rezeki manusia berbeza-beza dan ini antara rezeki yang paling besar untuk qasha” Tulisnya.
Uqasha juga meminta agar semua orang ramai mendoakan kebaikan untuk dirinya dan bayi dalam kandungannya. Beliau dengan ikhlas mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberikan doa dan sokongan.
Menerusi ruangan komen, ramai di kalangan artis dan peminat telah memberikan ucapan tahniah kepada pasangan tersebut. Perlu diketahui bahawa Uqasha dan Kamal telah bersatu dalam ikatan perkahwinan pada 5 November 2021.