Connect with us

Terkini

Walaupun Saya Pernah Berkahwin & Ada Anak, Saya Diterima Dengan Ikhlas Oleh Arwah Mak – Shila Amzah

Published

on

Shila amzah diterima oleh arwah mak dengan ikhlas

Shila Amzah menggambarkan arwah ibu mentuanya, Rohani Jamal, sebagai seorang wanita yang sangat penyayang.

Dalam Instagram Story terkini Shila Amzah, beliau memberikan jawapan kepada salah seorang pengikut yang bertanya tentang pandangan beliau mengenai suami yang diberi gelaran ‘anak mak’.

shila amzah

Shila pun menjawab pertanyaan itu dengan menceritakan bahawa arwah ibu mentuanya selalu memberi keutamaan kepada kebahagiaan anak-anak.

“Ubai pun sayang sangat arwah mak tapi dia bukanlah mommy’s boy. So ada beza la..”

“Tak salah sayang mak kita baguslah.. Tapi macam arwah mak dulu memang jenis, siapa pun anak dia kahwin ke apa arwah memang tak bagi duduk dengan dia, dan dia memang bagi anak-anak pilih apa dia orang nak dalam hidup, asalkan boleh buat diorang happy.

Pada masa yang sama, ย Shila atau nama sebenarnya ย Nur Shila Amir Amzah menghargai keikhlasan hati ibu mertuanya yang sudi menerima dia sebagai menantu.

“Sama lah masa ubai mula-mula cakap dengan arwah mak nak kahwin dengan sha.. Arwah mak dulu terima sha dengan ikhlas walaupun status sha pernah berkahwin dan ada anak seorang.”

“Pendek kata, bergantung pada macam mana mak bapa dia didik dia.. kalau tahu tanggungjawab, susur galur yang sepatutnya, Insya Allah okay.” Katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending