Connect with us

Terkini

Zahiril Adzim Sambung Bacaan Surah Al-A’laa Terima Pujian – ‘Selalu Baca Dalam Solat, Ingatkan Dunia Hanya Sementara’

Published

on

Zahiril Adzim Sambung Bacaan Surah Al-A’laa Terima Pujian

Baru-baru ini pelakon Zahiril Adzim menarik perhatian ramai apabila dengan lancar mengalunkan bacaan ayat daripada Surah Al-A’laa.

Dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok, pempengaruh terkenal dengan cabaran membaca Al-Quran, Qawiy, telah meminta aktor tersebut untuk menyambung bacaan ayat daripada surah berkenaan.

Zahiril bukan sahaja lancar menyambung bacaan, malah turut berkongsi makna sebahagian ayat daripada surah tersebut.

“Selalu solat saya baca, itu surah kegemaran saya. Surah ini mengingatkan kita bahawa dunia ini tidak kekal.”

Pada masa yang sama, pelakon itu turut menyatakan bahawa surah tersebut sangat bermakna baginya kerana sentiasa mengingatkannya akan hakikat kehidupan yang sementara.

“Saya suka surah ni sebab selalu ingatkan saya. Apa yang saya tahu, kalau kita suka satu surah, Allah pasti akan bagi sebab kenapa kita suka surah tersebut. Sebab Allah nak beri peringatan.”

“Jadi saya selalu ingatkan diri saya bahawa dunia ini hanya sementara jadi yang kekal adalah akhirat. Katanya




Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending