Ruhainies, nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, merupakan seorang pelakon terkenal di Malaysia. Ruhainies mula dikenali secara meluas melalui drama bersiri Hello, Mr. Perfect. Di dalam drama itu, beliau memainkan dua watak, iaitu Alya Adriana dan Nurul Ain.

Biodata Ringkas Ruhainies
- Nama Penuh : Nur Ruhainies Farehah binti Zainul Ilyas
- Dikenali sebagai : Ruhainies
- Tarikh Lahir : 27 Julai 1992
- Umur : 32 Tahun (2024)
- Agama : Islam
- Pendidikan : Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Pengurusan Pelancongan.
- Pekerjaan : Pelakon, Model, Pengacara dan Ahli perniagaan
Fakta Menarik
- Ruhainies adalah anak ketiga dari lima beradik dan juga merupakan adik kepada pelakon Risteena Munim.
- Beliau mula terlibat dalam industri hiburan sebagai pelakon pada tahun 2014.
- Beliau mula dikenali secara meluas melalui drama bersiri Hello, Mr. Perfect di Slot Akasiaย TV3.
- Beliau turut berperanan dalam dua telefilem, iaitu “Ustaz Rock dan “Ara”, serta dalam siri drama “Bisikan Cinta Ramadan” yang disiarkan pada tahun 2020.
- Ruhainies muncul untuk pertama kali dalam filem pada tahun 2021 melalui filem romantik keagamaan, Seandainya Kau Ada.