Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Bella Astillah mengumumkan berita gembira tentang perjalanannya ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan umrah.
Melalui hantaran di Instagram, Bella berharap agar perjalanannya ke umrah dipermudahkan dan memohon doa daripada orang ramai.
“Bella akan berangkat ke Tanah Suci Mekkah bagi menunaikan ibadah umrah Insha-Allah.”
“Mohon doanya agar ibadah ini dapat terlaksana denga baik dan diterima oleh Allah SWT. Semoga semua yang membaca ini juga beroleh rezeki untuk mengerjakan ibadah umrah kelak. InshaAllah.”
Pada masa yang sama, Bella juga mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya.
“Saya mohon maaf seikhlas hati dari hujung rambut hingga hujung kaki kepada semua seandainya ada kesalahan baik disengaja mahupun tidak disengaja.”