Bila Cinta Lama dan Prinsip Diri Bertembung
Sebuah kisah cinta, pengorbanan dan dilema hati bakal menghiasi layar kaca anda. Drama adaptasi novel popular Kembali Mencintai karya Syamnuriezmil akan menemui penonton melalui slot Widuri TV1 bermula 23 Ogos 2025, setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad jam 6.45 petang.
Diarahkan oleh Zaharizan Abd Mubin dan diterbitkan oleh Todak Fusion, drama 26 episod ini menampilkan gandingan romantis Ikhram Juhari dan Wafariena Roslan sebagai teraju utama yang pastinya akan membuatkan penonton tidak sabar mengikuti perjalanan cinta mereka.
Maklumat Drama
- Tajuk: Kembali Mencintai
- Episod: 26
- Tarikh Tayangan: 23 Ogos 2025
- Hari & Waktu: Jumaat – Ahad, 6.45 petang
- Rangkaian: TV1 / RTMKlik
- Pengarah: Zaharizan Abd Mubin
- Produksi: Todak Fusion Sdn Bhd
Barisan Pelakon
- Ikhram Juhari sebagai Tengku Faal Haris
- Wafariena Roslan sebagai Thiya Taqif
- Sera Melissa sebagai Che Salma Aisyah
- Habeeb Rasely sebagai Firas Amsyar
- Zulkifli Ismail sebagai Tan Sri Thaqif
- Fazlina Hj Ahmad Daud sebagai Puan Sri Fatimah
- Azhar Amir
- Marissa Yasmin
- Norish Karman
- Juita Johari
- Michelle Lungan
- Kazar Saisi
Sinopsis
Thiya Taqif (Wafariena Roslan), seorang guru yang memilih dunia pendidikan berbanding kemewahan hidup keluarganya, memikul tanggungjawab besar apabila diminta mengurus kutipan dana sekolah. Dari situlah dia dipertemukan dengan Tengku Faal Haris (Ikhram Juhari), pewaris syarikat hartanah yang terkenal dengan sikap ego dan keras kepala.
Di sebalik pertelingkahan yang sering tercetus, hadir rasa cinta yang perlahan-lahan menyapa. Namun, kebahagiaan itu goyah apabila muncul semula seorang bekas kekasih yang menggugat kepercayaan antara mereka.
Antara harapan keluarga, prinsip hidup dan suara hatinya sendiri – mampukah Thiya berdiri teguh memilih jalan yang benar, atau akan terperangkap dalam dilema cinta yang tidak berkesudahan?