Connect with us

Terkini

AC Mizal Pernah Makan Tisu Cicah Kuah Kari Zaman Hidup Susah Bersama Isteri

Published

on

Datuk Ac Mizal berkongsi pengalaman ketika berada dalam kesusahan dan kesempitan hidup pada 20 tahun yang lepas. Ianya terjadi ketika menanti kelahiran anak pertama bersama isterinya Emylia Rosnaida.

Ac Mizal menceritakan pernah makan dan terpaksa makan tisu bersama kuah roti canai bagi mengalas perut yang kosong. Ianya terjadi ketika fasa kesusahan dalam hidupnya.

“Saya pernah cerita saya makan tisu bersama kuah roti canai orang. Isteri tidak tahu, bila waktu pagi rakan ajak pergi sarapan saya cakap tak apa, saya dah makan.

“Ini kisah benar. Kalau orang nak cerita fasal kesusahan dengan saya, tak payahlah. Saya sudah lalui macam-macam,” katanya dalam temu bual yang dikendalikan Radin Era tersebut.

Selain merasakan ianya lucu, netizen turut menyifatkan kenyataan AC Mizal itu sebagai perkara tidak masuk akal.

Rata-rata sukar mempercayai perkongsian itu kerana menganggap ia mustahil dan tidak mungkin dibuat oleh seorang individu seperti pengacara berkenaan.

Pun begitu, ada juga menyifatkan tisu yang dimaksudkan oleh beliau adalah roti tisu yang pada ketika itu harganya masih murah.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending