Connect with us

artis

Aeril Zafril Mampu Melihat Makhluk Halus & Ghaib

Published

on

Pelakon lelaki terkenal Aeril Zafril akui mempunyai keistimewaan untuk melihat makhluk halus dan ghaib yang mempunyai pelbagai rupa, bentuk dan wajah.

Apabila kali pertama melihat makhluk-makhluk halus tersebut, Aeril terkejut dan tidak menyangka alam ghaib benar-benar wujud di dunia yang fana ini.

“Siapa yang baru pertama kali melihat-makhluk ghaib ini, mereka akan rasa seperti terkesima dan takut kerana ia memang berbeza dengan dengan kehidupan manusia.

“Namun saya tak boleh nak komen secara mendalam mengenai kebolehan saya ini, kemungkinan ia boleh memberi tafsiran yang negatif serta sengaja mengadakan-adakan cerita, jadi setakat itu sahaja yang boleh saya ulas,” kata Aeril kepada portal Murai.com.my

Aeril ditemui media di Majlis Tayangan Perdana Filem CCTV di Mutiara Damansara baru-baru ini turut mengamalkan beberapa ayat-ayat suci Al-Quran bagi melindungi dirinya daripada pelbagai musibah.

“Selepas kematian ibu-bapa saya akibat terkena ilmu sihir pada tahun 2009, saya juga jatuh sakit dan perlu menerima rawatan secara perubatan Islam.

“Maka dengan itu, saya belajar dengan seorang guru dan beliau banyak menyuruh saya mengamalkan beberapa surah Al-Quran, bertujuan melindungi diri saya dan keluarga daripada sebarang perkara yang tidak baik,” katanya.

Menyentuh mengenai filem CCTV yang ditayangkan hari ini, Aeril memegang watak sebagai Hariri, seorang jutruteknik membaiki CCTV yang terperangkap ke dimensi lain di sebuah hospital.

Nak tahu apa yang terjadi dengan Hariri, adakah dia mampu keluar daripada dimensi lain itu, jangan lupa menonton di pawagam sekarang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *