Connect with us

Terkini

“Pada Suria FM,Be Professional”- Ajak Shiro Bidas Kenyataan Shahrol Shiro Berkenaan Stesen Radio Malukan Bekas Penyampainya

Published

on

ajak shahrol

Hari ini sedikit panas di instagram. Masih lagi berkisar berkenaan perpindahan penyampai radio Fizi Ali dari Suria FM ke Hot FM.

Sebelum ini, Shahrol dan Ajak pernah menang di dalam Maharaja Lawak Mega tahun 2018 dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM500,00.

Agak panjang lebar juga Shahrol Shiro tulis di Instagram peribadi miliknya.

Antaranya caption pada sebuah postingan di Instagram miliknya adalah;

=======================

Dipetik di IG Shahril Shiro

“Dulu saya, sekarang sahabat lama saya Fizi ali pula.

Selepas isu yg terjadi antara kita suatu masa dahulu, saya ingat stesen radio kamu akan lebih profesional dan menghargai penyampai yg pernah bertugas menabur bakti disana, rupanya masih sama.

Datang dan pergi penyampai di sesebuah stesen radio itu lumrah, sama seperti team bola sepak tetapi sy melihat apabila penyampai di stesen lain mengambil keputusan keluar atau dikeluarkan, pihak pengurusan stesen radio tidak pula mengeluarkan kenyataan negatif penyampai tersebut.

Johan meninggalkan era fm tetapi stesen radio tersebut tidak mengeluarkan kenyataan yg berbaur negatif dan kita semua diluar ini tidak tahu pun punca beliau keluar.Ini contoh sikap profesional yg patut dicontohi.

Kenyataan memburukkan bekas penyampai kamu nampak ringan tetapi impaknya besar.Sehingga ke hari ini pun masih ada komen yg mengatakan masalah disiplin sy pada hal sy sudah menerangkan kejadian sebenar.

Pada Suria fm, be profesional dan belajar menghargai mereka yg pernah berjasa di syarikat kamu.Pada sahabat sy Fizi ali bersabarlah dengan dugaan dan telah membuat keputusan yg tepat pergi ke stesen hot fm yg menduduki ranking lebih atas dari stesen radio lama kamu.”

=============

Shahrol Shiro dilihat tidak berkenan dengan sifat stesen radio Suria FM yang dikatakan memburukkan bekas penyampai radionya.

Namun, posting tersebut mendapat balasan daripada rakan baiknya sendiri iaitu Ajak Shiro. Ajak Shiro adalah sahabat Shahrol yang sama-sama meningkat naik di dalam kumpulan Shiro.

Ajak menulis:

“Awak ni bercakap dari sebelah pihak ke Tuan? Hakikatnya xbergaduh pun? Perlu ke nak up isu ni? Perlukan spotlight ke? Buat benda yang lebih berkualiti..lebih mayatupadukan..bukan melaga2kan..Hakikatnya semua kawan..Kalau awak ada anggap musuh,bior sorang2 xperlu ajak kawan.”

Pada post yang sama juga Ajak dan Shahrol berbalas komen.

Komen Shahrol

Komen Balas Dari Ajak

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending