Connect with us

artis

Ali Puteh Berdepan Kehidupan Sukar, Bergantung Kepada Duit Simpanan Selepas Kes Dengan Hidayah

Published

on

ali puteh

Episod ‘saman-menyaman’ yang tercetus di antara pelawak Ali Puteh dengan balu kepada Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali memberikan kesan yang amat besar kepada perjalanan kariernya sebagai anak seni.

Pemilik nama sebenar, Syed Ali Mubarak Syed Ridzuan Al Juffrey yang juga merupakan adik kepada arwah Abam itu turut menyatakan dia tidak mendapat banyak tawaran kerja dan ada antaranya juga yang dibatalkan pada saat terakhir.

Kata Ali, 33, dia menjalani kehidupan sukar dan hanya bertahan dengan wang simpanan sendiri bagi menyara perbelanjaan sekeluarga.

“Dari awal kes itu mendapat perhatian, memang banyak job saya dibatalkan. Selain itu, saya juga tidak menerima banyak tawaran kerja sepanjang tempoh dua tahun kebelakangan ini.

“Saya bergantung pada duit simpanan untuk menyara keluarga. Saya harus berjimat-cermat kerana ada anak yang sedang membesar. Bagaimanapun, syukur kerana segala kelengkapan masih mencukupi,” katanya kepada mStar.

Mengakui tertekan dengan situasi yang dilaluinya, dia bagaimanapun terpaksa kuat demi kehidupan dan harus menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Ali juga enggan menyalahkan mana-mana pihak dan menganggap apa yang berlaku sebagai ujian untuk memperbaiki diri sendiri.

“Memang agak tertekan sebab saya ada tiga orang anak. Ketika arwah masih hidup pun saya juga menanggung kos rawatan perubatan. Saya kata pada isteri agar sentiasa percaya rezeki akan datang satu hari nanti.

“Saya tidak mahu salahkan sesiapa. Saya letak semua kesalahan kepada diri sendiri. Mungkin ini adalah balasan Allah terhadap dosa-dosa dahulu. Allah jentik saya dengan ujian sebegini,” katanya.

Dalam pada itu. Ali juga menyatakan kesediaannya untuk bersemuka dengan Hidayah bagi menyelesaikan segala kemelut yang tercetus antara mereka.

Namun, Ali tidak mahu ada pihak yang sengaja menjadikan kisah mereka berbaik sebagai bahan untuk tontonan umum.

Sumber Kosmo Online

“Ada stesen televisyen yang ingin temukan kami tetapi bagi saya kalau ingin berdamai tidak perlu diberitahu kepada umum. Biar saya buat sendiri.

“Dia juga boleh berjumpa saya untuk selesaikan segala masalah berkaitan dokumen bagi tuntutan faraid,” jelasnya.

Imbas semula, Abam meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.

Pada Mei 2020, Hidayah memfailkan saman fitnah terhadap Ali berkaitan kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagram miliknya yang mendakwa dirinya sebagai seorang yang tidak bertanggungjawab.

Selepas hampir dua tahun turun naik mahkamah, pada Februari lalu mahkamah akhirnya memutuskan Hidayah memenangi kes tersebut dan Ali dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM60,000. -CARI

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending