Info
BPR Fasa 3: Tarikh Pembayaran dan Semakan Status

Pembayaran fasa 3 Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) diteruskan lagi. Pembayaran kali ini adalah pembayaran yang terakhir untuk BPR tahun 2021.
Ini bermakna, baki BPR yang belum dibayar akan dikreditkan kepada akaun penerima pada fasa ke-3 ini.
Menurut Kementerian Kewangan Malaysia , pembayaran fasa 3BPR akan dilakukan pada 28 September 2021.
Di bawah ini adalah tangkap layar daripada laman web rasmi MOF.
Ianya memaparkan jumlah keseluruhan pembayaran dasa 3 pada bulan September adalah sebanyak RM 2.4 bilion.

Semakan BPR Fasa 3
Bagi anda yang ingin membuat semakan status BPR,boleh lawati laman web rasmi BPR LHDN di https://bpr.lhdn.gov.my
Anda cuma perlu login ke dalam sistem semakan BPR dan lihat status pembayaran yang telah dilakukan dan akan dibayar.
Jumlah Bayaran BPR Fasa 3
Manakala, jumlah pembayaran adalah mengikut jadual seperti di bawah.

Bilakah pembayaran fasa 3 BPR?
Pada 28 September 2021.
Berapakah jumlah pembayaran BPR fasa 3?
Rujuk jadual yang terdapat di dalam artikel ini.