Connect with us

Terkini

Dada Terpaksa Ditebuk!, Bernapas Seperti Ada Pisau. Disebabkan Oleh Disposable Vape

Published

on

Kisah yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Hadi Latip.

*BAHANA DISPOSABLE VAPE*

Sebelum ni kita banyak tengok case2 viral bahaya disposable vape kan ? Haa ini dia case client yg saya handle sendiri. Semoga sama2 kita ambil iktibar dengan trend semasa anak2 muda zaman sekarang. 

Tarikh 11/7/22 isnin pagi pada pukul 4:30am saya dikejutkan dengan satu berita kecemasan dari kakak kepada client mengatakan Seman (bukan nama sebenar) kini berada didalam ICU akibat masalah pernafasan & dada terpaksa DITEBUK !

Pada pukul 9:00am berikutnya saya terus call ICU unit untuk mendapatkan status, rawatan dan diagnosis client. Nurse mengatakan beliau menghidap SPONTANEOUS PNEUMOTHORAX iaitu paru2 tiba2 collapse, cramp atau tidak boleh expand seperti normal !! 

Punca yg Doctor dapat kenal pasti adalah disebabkan DISPOSABLE POD ATAU VAPE !!

Kita sedar bahawa dahulunya vape adalah pengganti untuk rokok namun lama kelamaan ianya menjadi trend untuk kita berasap dimana2 tak kira waktu dan ketika. 

Akibat dari excessive usage of disposable vape atau terlebih guna, ianya lama kelamaan akan membawa padah kepada pengguna terutama sekali anak2 muda !!

Beliau mengatakan ianya adalah pengalaman yg paling perit dalam hidupnya. 

Bayangkan anda tidak boleh bernafas secara penuh & apabila tarik nafas, terasa seperti ada pisau yg tajam sedang mencucuk paru2. Belum kira masa batuk atau menguap sakitnya berkali ganda & rasa seperti penghabisan nyawa !!

Alhamdulillah selepas seminggu menjalani rawatan di KPJ Tawakkal, client sudah kembali pulih tanpa sebarang major surgery. 

Client saya dirawat di KPJ Tawakkal selama 7 hari- 3 hari ICU & 4 hari ward biasa dan semua kos sebanyak RM15k ditanggung penuh oleh Medical Policy GETB beliau 

walaupun caruman tak sampai 2 tahun. 

Nasihat dari Doctor Tengku yg merawat client saya di KPJ Tawakkal :

Bahaya Disposable Vape: 

– Boleh hisap dimana2 tak kira waktu

– Tiada Filter system

– Cara hisap direct lung

– kapas & liquid tidak bertukar hingga habis

Bagi saya, apa2 pilihan kita haruslah tahu segala impak baik dan buruk. Bersedia dengan segala kemungkinan supaya suatu hari nnti kita tidak mengorbankan mana2 pihak terutama sekali perihal KEWANGAN !

Akhir kata, sediakanlah perlindungan perubatan yg mencukupi & sentiasa pilih jalan hidup yg sihat 

Macam biasa, ruangan chat sentiasa terbuka untuk segala pertanyaan tentang perlindungan perubatan dan asset kecemasan 

Hadi Latip

Assistant Unit Manager GETB 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Trending