Bersedia untuk babak baharu yang lebih gelap, mendebarkan dan penuh rahsia! Drama seram komedi Dr. Pontianak Musim 2 akan menemui penonton bermula 26 Ogos 2025, setiap Selasa jam 11 malam hanya di Astro Ria. Jangan ketinggalan untuk strim secara eksklusif di Astro GO dan sooka.
Disutradarai oleh Wan Alauddin Wan Zainuddin dan diterbitkan oleh Kl Motion Pictures Sdn Bhd, musim kedua ini dijangka lebih mengujakan dengan gabungan elemen seram, lawak spontan dan konflik batin yang membuatkan penonton tidak senang duduk.
Maklumat Drama
- Tajuk: Dr. Pontianak 2
- Episod: 8
- Tarikh Tayangan: 26 Ogos 2025
- Hari & Waktu Siaran: Selasa, 11:00 malam
- Rangkaian: Astro Ria, Astro GO, sooka
- Pengarah: Wan Alauddin Wan Zainuddin
- Produksi: Kl Motion Pictures Sdn Bhd
Barisan Pelakon
- Sharifah Sakinah sebagai Edna – hantu hospital yang setia menemani.
- Kimberly Chuah sebagai Dr. Vivy – ponti-no-anak dengan kuasa ghaib misteri.
- Rashidi Ishak sebagai Dr. Ghani – doktor yang menjadi penghubung dunia nyata dan luar biasa.
- Shania Hendrik sebagai Ruby Kum Kum – musuh yang membawa dendam lama.
- Badron Munirah sebagai Dr. Azri
- Kumika Kufaizul sebagai Baby To
- Nazeri Md Isa
- Kim Azzim
- Yasmin Hani
- Puteri Rafasya
Lagu Tema (OST)
- Tajuk: Jari
- Penyanyi: Hael Husaini
Sinopsis
Kehidupan Dr. Vivy, seorang pontianak moden dengan deria ghaib luar biasa, menjadi semakin huru-hara apabila kuasanya kian sukar dikawal. Di sebalik topengnya sebagai seorang doktor, dia berdepan dilema untuk mengekalkan kehidupan normal. Mujur ada Edna si hantu hospital, Pak Us, dan Dr. Ghani yang setia membantu. Namun, bayang-bayang silam kembali menghantui apabila musuh lama muncul dengan dendam yang belum terlerai.
Adakah rahsia Dr. Vivy mampu disimpan, atau segalanya bakal terbongkar?