Janji Dengan Cikgu: Telefilem Khas Hari Guru di TV2
Satu kisah menyentuh hati bakal menemui penonton sempena sambutan Hari Guru tahun ini. Telefilem bertajuk Janji Dengan Cikgu akan disiarkan khas pada Isnin, 19 Mei 2025, jam 9.00 malam hanya di TV2 dan juga secara penstriman di RTMKlik. Sebuah karya yang dibarisi pelakon berbakat dan disampaikan dengan mesej mendalam tentang pengorbanan seorang pendidik.
Maklumat Siaran Telefilem
- Judul: Janji Dengan Cikgu
- Tarikh & Masa: Isnin, 19 Mei 2025, pukul 9 malam
- Saluran: TV2 / RTMKlik
- Skrip: Siti Solehah Abdul Ghani
- Arahan: Muhammad Faiz Ramli
- Produksi: Rezqie Global Sdn Bhd
- Barisan Pelakon: Azwan Kombos, Jay Iswazir, Muhammad Hadi Putra, Adam Shah, James A/L Arokisamy, Zarina Raja Lawak, Fadzil Abdul Aziz, Melia Amelia, Dato Amin Khan
Sinopsis Ringkas:
Telefilem ini mengisahkan Cikgu Azril, seorang guru muda berusia 30 tahun yang ditugaskan berpindah ke sebuah sekolah di perkampungan orang asli. Walaupun berita itu mengejutkan keluarganyaโyang berharap dia kekal di bandar untuk membantu perniagaanโdan membuat tunangnya terasa hati kerana merasakan pemindahan itu melambatkan urusan perkahwinan mereka, Azril tetap tenang dan positif.
Desas-desus mengatakan dia dihantar ke kawasan pedalaman kerana masih belum berkahwin, namun Azril menafikan semua tuduhan tersebut. Baginya, tugas seorang guru bukanlah memilih tempat atau siapa yang diajar. Setiap murid, walau di mana sekalipun mereka berada, berhak menerima ilmu yang terbaik.
Bagi Azril, ini bukan beban. Ia adalah peluang. Peluang untuk belajar budaya, memahami keperluan anak-anak orang asli, dan menjadi pendidik yang bukan hanya menyampaikan ilmu, tetapi menyentuh hati. Janji Dengan Cikgu membawa kita menyusuri perjalanan seorang guru yang berpegang teguh pada prinsip, mengutamakan tanggungjawab dan mendahulukan anak bangsa, walau perlu berkorban perasaan dan impian peribadi.
Saksikan Detik Menyentuh Hati
Jangan lepaskan peluang menonton telefilem penuh inspirasi ini. Janji Dengan Cikgu bukan sekadar kisah fiksyen, ia adalah cerminan realiti ramai pendidik yang berkhidmat dengan ikhlas walaupun terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran peribadi dan tekanan masyarakat.
Sediakan tisu dan luangkan masa anda pada 19 Mei ini untuk menyelami kisah perjuangan seorang guru. Mungkin, selepas menonton, kita akan lebih menghargai jasa insan bergelar cikgu.