Rumah Tanpa Luka – Drama Adaptasi Novel Ezza Mysara
Bersedia untuk sebuah karya yang penuh emosi dan sarat konflik! Drama adaptasi daripada novel popular Rumah Tanpa Luka hasil tulisan Ezza Mysara bakal menghiasi slot MegaDrama di Astro Ria bermula 1 September 2025, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.
Dihasilkan oleh Suhan Movies & Trading dengan sentuhan pengarahan Nur Sharif, drama ini mengangkat kisah kehidupan penuh pengorbanan, rahsia dan cinta yang tidak pernah mudah. Lebih menarik, ia dibarisi pelakon-pelakon hebat seperti Erysha Emyra, Shukri Yahaya, Nadhir Nasar serta Naura Arissa yang pastinya mampu menghidupkan watak-watak penuh warna dalam naskhah ini.
Maklumat Drama
- Tajuk: Rumah Tanpa Luka
- Episod: 20
- Tarikh Tayangan: 1 September 2025
- Hari & Waktu: Isnin – Khamis, 10 malam
- Rangkaian: Astro Ria, Astro GO & sooka
- Penulis Novel: Ezza Mysara
- Penulis Skrip: Rehal Nuharis
- Pengarah: Nur Sharif
- Produksi: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Barisan Pelakon
- Erysha Emyra sebagai Kalsum
- Shukri Yahaya sebagai Qiuzi
- Nadhir Nasar sebagai Hayden Hayyan
- Naura Arissa sebagai Rose Ameena
- Hajjar sebagai Dahlia
- Kismah Johar sebagai Nek Rogayah
- Ziela Jalil sebagai Datin Normala
- Syean Mokhtar sebagai Datuk Zaid
- Hafreez Adam sebagai Amril
- Yuna Rahim sebagai Naira
- Hanan Adraa sebagai Dewi
- Zaefrul Nordin sebagai Ibrahim
- Aziz M. Osman sebagai Pak Yasir
- Rasya Sofea Dean sebagai Syakira
- Raja Azmi sebagai Hajah Kamilah
Lagu Tema (OST)
- Tajuk: Arah Cinta Sejati
- Penyanyi: Aina Abdul & Fadhilah Intan
- Lirik: Hendro Djasmoro
Sinopsis
Mengisahkan tentang Kalsum, seorang wanita tabah yang sanggup mengorbankan dirinya demi menjaga Rose Ameena, meskipun dia telah disisihkan oleh keluarga sendiri. Saat kehidupannya kelihatan suram, muncul Qiuzi, lelaki yang seakan membawa sinar baru. Namun kebahagiaan itu tidak kekal lama. Kehadiran kembali Hayden Hayyan mengubah segalanya, mengheret Kalsum ke dalam dilema cinta, pengkhianatan dan pengorbanan.