Drama Toksik Cinta -Senarai Pelakon,Sinopsis & Lagu Tema(OST)

Bersiap sedia untuk sebuah kisah penuh drama, emosi, dan rahsia!
Tonton bakal mempersembahkan Original Series terbaharu berjudul Toksik Cinta, sebuah karya nukilan Erma Fatima yang mengupas sisi gelap percintaan di balik dunia glamor hiburan. Dengan sentuhan arahan Pali Yahya, drama ini menjanjikan pengalaman yang penuh intensiti sepanjang 30 episod.

Dibarisi oleh nama-nama besar seperti Riena Diana, Aqasha, Keith Foo, Cristina Suzanne, Dayang Areeda, Ruzana Ibrahim, Tony Eusoff, Esma Daniel dan Izzue Islam, siri ini pasti menjadi bualan hangat. Saksikan penayangannya setiap Isnin hingga Khamis bermula 27 Oktober 2025, eksklusif hanya di Tonton.


Toksik Cinta

  • Episod: 30
  • Tarikh Tayangan: 27 Oktober 2025
  • Hari Siaran: Isnin – Khamis
  • Platform: Tonton
  • Skrip: Erma Fatima
  • Pengarah: Pali Yahya
  • Produksi: Rumah Karya Citra

Barisan Pelakon

  • Riena Diana sebagai Karmila
  • Aqasha sebagai Alfi
  • Keith Foo sebagai Amsyar
  • Cristina Suzanne sebagai Farhana
  • Dayang Areeda sebagai Eez
  • Ruzana Ibrahim sebagai Anggun
  • Tony Eusoff
  • Esma Daniel
  • Izzue Islam

Lagu Tema (OST)

  • Tajuk: Fantasia
  • Penyanyi: Jimi

Sinopsis Toksik Cinta

Segalanya bermula apabila Alfi (Aqasha), seorang pengarah filem terkenal, jatuh cinta dengan Karmila (Riena Diana), seorang pempengaruh dan pelakon muda yang sedang meningkat naik. Percintaan mereka terlihat sempurna — indah, manis, hingga membawa mereka ke jinjang pelamin.

Namun, kebahagiaan itu hanyalah sementara. Rumah tangga mereka runtuh apabila Karmila mengejutkan dunia hiburan dengan memfailkan penceraian. Dia mendakwa dirinya menjadi mangsa penderaan dalam rumah tangga tersebut.

Dibantu oleh peguamnya, Amsyar (Keith Foo), Karmila tampil di mahkamah dan mula membuka lembaran kisah gelap yang sarat dengan rahsia, manipulasi, serta permainan emosi yang tidak disangka. Toksik Cinta bukan sekadar drama cinta biasa — ia adalah kisah tentang kebenaran, pengkhianatan, dan harga yang perlu dibayar apabila cinta bertukar racun.

Leave a Comment